Pendidikan

Ahad, Julai 04, 2010

KEMASUKAN KE IPTA, PELAJAR LELAKI VS WANITA

Seperti biasa kiasan ini akan kita dengar setiap kali tibanya kemasukan ke IPTA. Mana ramai, pelajar lelaki ker atau pelajar wanita? Semestinya pelajar wanita lebih ramai. Tetapi yang menjadi persoalannya adalah peratusan bilangan pelajar wanita semakin berkurang atau semakin bertambah. Sedar atau tidak pelajar wanita sendiri seringkali melalui sistem meritokrasi secara halus akibat persaingan sengit dikalangan pelajar-pelajar wanita itu sendiri. Jadi…di mana hilangnya pelajar lelaki ini?

Walaubagaimanapun, apabila di alam pekerjaan graduan wanitalah yang lebih ramai yang kecundang….

KUALA LUMPUR 29 Jun – Seramai 32,000 graduan gagal mendapatkan pekerjaan selepas enam bulan menamatkan pengajian dari institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini. Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, statistik Kementerian Pengajian Tinggi itu menunjukkan graduan wanita lebih ramai gagal mendapat pekerjaan iaitu sebanyak 21,760 berbanding lelaki seramai 10,240 orang.

“Antara sebab graduan gagal mendapat pekerjaan adalah kerana bidang kelulusan mereka kurang mendapat permintaan daripada pihak majikan,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan William Leong Jee Keen (PKR-Selayang) yang mahu kerajaan menyatakan jumlah graduan menganggur, peratusan mereka mengikut jantina, kumpulan pendapatan keluarga rendah dan jumlah peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) serta sebab mereka tidak diambil bekerja serta cadangan untuk mengatasi masalah itu. Subramaniam berkata, Kementerian Pengajian Tinggi telah meluluskan pembiayaan untuk pinjaman PTPTN kepada 1.5 juta pelajar dengan jumlah RM32.62 bilion sehingga 30 April lalu.

Dalam pada itu katanya, trend pengambilan pekerja masa kini yang tidak menumpukan perhatian kepada kelulusan calon semata-mata boleh membantu mengatasi masalah pengangguran di kalangan graduan di negara ini.

Berlainan pula, apabila tibanya musim kemasukan ke IPTA, pelajar lelaki lebih banyak memberikan ruang kepada pelajar wanita….

KUALA LUMPUR: Pelajar perempuan terus mendominasi kemasukan ke universiti awam apabila menguasai 64.8 peratus atau 26,229 daripada 40,506 tempat yang ditawarkan untuk program ijazah pertama bagi sesi akademik 2010/2011 yang akan mendaftar pada Sabtu dan Ahad ini.

Jumlah mereka juga melebihi lelaki bagi program pengajian lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf yang akan mendaftar pada tarikh sama dan 23 Mei lalu dengan 21,567 pelajar perempuan berjaya mendapat tawaran atau 58.45 peratus daripada keseluruhan 36,900 tempat kemasukan. Hanya 35.2 peratus atau 14,277 pelajar lelaki mendapat tempat dalam program pengajian lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)/Matrikulasi/Asasi/Setaraf (Ijazah Pertama) dan 41.55 peratus atau 15,333 untuk kemasukan program lepasan SPM atau setaraf. Menurut sumber Kementerian Pengajian Tinggi, jumlah penawaran tempat kepada pelajar perempuan mengatasi pelajar lelaki bagi semua kategori kaum bagi kedua-dua peringkat program pengajian.

Katanya, dominasi kemasukan pelajar perempuan untuk kemauskan ke IPTA selari jurang gender yang amat ketara antara pelajar perempuan dan lelaki dalam permohonan untuk kemasukan program lepasan STPM/Matrikulasi/Asasi/Setaraf (Ijazah Pertama), tahun ini. Beliau berkata, sebanyak 67 peratus atau 41,046 daripada keseluruhan 61,228 permohonan diterima adalah daripada pelajar perempuan dengan jumlahnya melebihi sekali ganda berbanding hanya 33 peratus atau 20,182 calon lelaki.

Malah, bilangan pemohon perempuan pada kemasukan ke IPTA tahun ini meningkat berbanding 40,886 tahun lalu, melebihi sekali ganda daripada 20,141 permohonan oleh pelajar lelaki.

Jangan kata, di IPTA di IPTS pun senario pun serupa juga. Untuk jurusan teknikal sahaja bilangan antara pelajar lelaki dengan pelajar wanita nampak seimbang. Agak-agaknya, apa sebab pelajar lelaki kurang di universiti?

1.Mentaliti pun menyumbang jugak dalam hal ni. Pelajar tidak kisah kos apa yang mereka dapat, asalkan mereka dapat masuk ke IPTA

2.Pelajar lelaki itu berasal daripada keluarga miskin da kebanyakan memilih untuk membantu keluarga menyara keluarga

3.Ramai yang terkorban di jalan raya contohnya dan gagal dalam hidup

4.Kebanyakan pelajar lelaki lebih minat kepada bidang-bidang kemahiran yang tidak memerlukan mereka belajar teori semata seperti di universiti

5.Dahla..lelaki kurang tambah pula yang jadi “sotong”

6.Ada nak tambah?

Saya suka berkongsi pandangan pakar dalam dasar kepimpinan Prof Madya Dr Azahari Ismail pernah menyuarakan pendapat tentang isu lambakan pelajar wanita setiap kali kemasukan ke IPTA pada bulan Julai adalah berpunca daripada kurikulum sistem pendidikan negara yang secara tidak langsung menyerap sistem pendidikan moden barat yang lebih kondusif kepada pelajar wanita sebagai faktor menyumbang kepada fenomena kepupusan pelajar lelaki di universiti itu.

Beliau berkata sehingga tahun 1800, sistem pendidikan barat moden dicipta bagi memenuhi keperluan masyarakat yang dikuasai lelaki pada ketika itu sehingga berlakunya pergerakan mendapatkan hak sama rata untuk wanita di Amerika di mana pakar-pakar akademik perempuan mencari jalan mengimbangi gender dalam pendidikan.

Dr Azahari berkata kajian yang beliau lakukan pada 1978/1979 menunjukkan kecenderungan budak lelaki untuk menjadi ‘pondan’ berasal daripada pengaruh guru dan majoriti guru di sekolah dan tadika adalah guru perempuan.

■Budaya komunikasi pelajar lelaki bergantung pergerakan atau penggunaan visual dan grafik dalam pembelajaran.

■Pengajaran secara lisan lebih membantu pelajar perempuan berbanding pelajar lelaki yang memerlukan elemen bukan lisan dalam meningkatkan keupayaannya memahami sesuatu subjek

■Bagaimanapun fakta bahawa ramai perempuan dalam universiti bukan masalah, atau gelaja tidak baik. Itulah satu rahmat besar sebab masa merdeka dulu berapa ramai perempuan belajar tetapi yang menjadi masalah ialah semakin pantas kadar kekurangan pelajar lelaki itu.

    sumber: staff berita semasa dalam berita pendidikan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan